Saturday, November 19, 2011

Macamana saya suka boleh suka petanque??

Saya bermula pada umur 14 tahun ketika di tingkatan 2. Saya ke padang sekolah untuk melihat permainan petanque. Saya memperlekehkan permainan itu. Dan saya cuba untuk membuat balingan.
Ketika mengutip boule, saya terdengar jeritan, “ZIKRUL!!!!
Kemudian saya berpaling kearah jeritan tersebut dan satu hentakan padu boule seberat 680 gram terkena di sebelah kanan kepala saya.
Segera saya di hantar ke hospital untuk membuat rawatan. Doctor membuat sinaran X ke kepala saya.
Saya di tahan di wad untuk rawatan lanjut. Namun saya berkeras untuk pulang kerana ada perkara yang lebih penting.
Doctor memberitahu saya bahawa hentakan tersebut memberikan kesan sampingan kepada saya.
Dan kesan sampingan tersebut saya dapat rasakan sehingga hari ini. Kesan hentakan tersebut juga masih kelihatan sehingga hari ini.
Saya menggemari petanque kerana hentakan tersebut.
Sekian.

*SAKIT WOOO KENA BOULE KAT KEPALA.

No comments:

Post a Comment