Thursday, July 28, 2011

Sesi bedah siasat harimau~


Kali ni nak citer pasal skuad rimau..skuad yg berjaya..berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri selepas Piala AFF.. umpama Man Utd yg gagah di kampong halaman dan umpama tim liverfool yg sekadar sandarkan pada kenangan..

Pakcik Raja yang masih berpegang pada sejarah yg tidak tercatat di buku sejarah PMR mahupun SPM, masih percaya pada skuad Piala AFF..

HEY!! Sudahlahh..bila nk maju kalau asyik guna skuad sama??..

Ini mungkin factor-faktor kekalahan rimau :

  1. Ketiadaan Safiq Rahim. Nadi skuad rimau. Hantaran yang mampu mengucar ngacirkan pertahanan lawan. Disebabkan dia sorang xde, abis hancur permainan. Maka FAM perlu cari lebih ramai Safiq Rahim. Biar ada 11 orang Safiq Rahim.
  2. Pertahanan kental seperti Aidil Zafuan. Dia xde, defend rimau umpama kucing kurap. Terlalu banyak ruang untuk penyerang lawan berlegar dalam kotak penalti. Striker nak menopos pon senang hati duk depan gol. Maka kena cari 11 orang lagi Aidil.
  3. Rentak permainan rimau diperlahankan oleh lakonan player singapura yg sehebat Aaron Aziz dan Adiputra. Mungkin mereka boleh ke Malaysia untuk menjadi bintang filem.
  4. Bermain hantaran jauh yang ke lautan dalam. Player singapura sudah boleh membaca permainan sebegini. Diorg mengawal Kunalan dan Amirulhadi dengan baik.
  5. Sudah! Rimau bermain dibawah tahap sebenar.


 

Tiada alas an untuk kalah dengan skuad import. Brazil yang xde import bleh je menang ngan Jerman yg ade import.

Tapi ape-ape pun, skuad rimau umpama kain yang terkoyak. Banyak nk kena jahit.

Safee Sali tetap terbaik..finishing yang terbaik..

Khairul Fahmi yang perform terbaik walaupon pasang skandal baru.haha!!

Cari lebih ramai Safee Sali dan Khairul Fahmi. Kunalan pun kena cari ramai lagi. Pecutan dia umpama rimau cheetah.

GOMO MALAYSIA GOMO!!

Tuesday, July 26, 2011

Cerita di batu pahat

Kali kedua untuk tahun ni keluar dari Pahang untuk tournament petanque..juga kali kedua bergandingan ngan ayie untuk petanque luar Pahang..

Team2 yg datang kat batu pahat bukan calang2 orang..dahsyat..untuk kitorg yg 'underdog' ni, tu sume bkn penghalang..kitorg ke batu pahat sbenarnya nk cabar team2 luar..

Team temerloh bukan team belasahan..bukan team cukup syarat..bukan team pusingan pertama..kitorg team yang mampu mencabar team2 luar..

Pusingan pertama kitorg hentam ATM ngan PDRM.. johan kumpulan untuk pusingan pertama.. aku bertindak sebagai killer/shooter untuk pusingan pertama..walaupon shooter x mantap lagi tapi berbekalkan strategi yang memerangkap lawan, Alhamdulillah dapat lepas ke pusingan kedua..

Masuk pusingan kedua lawan makin susah..rata2 player sume bleh main ngan baik..pointer cun..shooter tajam..masuk rapat bola hilang..

Tapi pusingan kedua aku da hanyut main shooter..bola sume da banyak melencong..so, kitorg decide tukar position..aku plak amek pointer..

Pusingan kedua lawan ATM ngan Muar..dua2 team ni agak dasyat la jugak..susah jugak nk menang ngan diorg..ATM tu bleh dikatakan org lama..Muar plak level lebih kurang kitorg..

Tapi yang best time lawan Muar..ade satu end tu kitorg main berani mati..main double shooter..tu pon sbb ayie shooting xde miss..aku decide nk main shooting gak.. kat situ kitorg kutip point banyak..diorg pon gelabah..haha..

Pusingan kedua pon kitorg johan kumpulan..dan untuk first time kitorg lepas ke pusingan ketiga untuk tournament luar Pahang..

Pusingan ketiga plak kitorg jumpa team Pahang..bekas coach aku ngan ayie time remaja kebangsaan dulu..cik jamal..antara shooter terbaik dalam Pahang..bergandingan plak ngan pokman.. cik jamal ngan pokman sebenarnya johan 3 kali berturut2 open Melaka..tapi aku x pernah pandang status tu..

Kitorg kalah 13 – 2.. tu pon sbb pointer aku ke laut..haha..x tau kenapa..walaupon kalah pusingan ketiga tapi itu satu pencapaian positif.. dan tu hanya permulaan bagi kitorg..

Dan kitorg juga da bukak mata2 team2 dari Pahang.. team temerloh pun mampu pegi jauh..

Target kitorg nak meningkatkan kualiti permainan.. tak nak sekadar jaguh di tempat sendiri..kitorg nk daki sikit2 game ni..

Dan lepas ni kalo boleh, kitorg nk join lebih banyak open..nk target johan mgkin jauh lagi kot..tapi x mustahil kitorg bleh johan..dan kehadiran kitorg lepas akan memberi cabaran untuk team2 lain..


 


"Pasukan dari Pahang"


 


"Pasukan yang menggegar ~hahahaha!!!~"


 


 


 

~Improve yourself, not your game~

Wednesday, July 6, 2011

JERSI

Jersi EPL







 




 


 


 

Jersi Malaysia


 








 


 


 

Saiz: S M XL

Harga: RM40 (termasuk pos)

Gred AAA sahaja.

Juga terdapat jersi EPL lain, t-shirt polo, jersi kosong, dan seluar 3 quarter.

Juga menerima tempahan t-shirt.